Blogger Backgrounds


Secebis Ucapan

Sunday, June 10, 2012

JOM KE PSS SK KAYU ARA....

Tahniah buat peminjam buku terbanyak bagi penggal pertama sesi 2012. Jom pinjam buku lagi di PSS SK Kayu Ara.

Tahap 1 : Muhammad Asyraaf Bin Mohd Radhi

Tahap 2 : Nor Suhaila Najwa Bt Azhar

Tahniah juga buat Pengawas Pss Contoh bagi penggal pertama sesi 2012. Jom kita bertugas di PSS SK Kayu Ara.

Nurul Nurhidayah bt Zulkepli



Pengguna Aktif Zoom A


Wajah pengguna aktif Zoom A yang dapat minum pagi bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kayu Ara. Pengguna aktif merupakan pengguna yang telah membuat latihan dan mengakses Zoom A lebih daripada 50 kali. Tahniah buat Luqmanulhakim, Saidatul Huda, Muzahir Afif, Faizzul Daniel ,Alya Fauzana, Era Fazira, Aimen Nabila.


Friday, March 23, 2012

Majlis Perjumpaan Tiga Penjuru Tahun 6 Bersama Ibubapa 2012

Pada 27/01/2012 yang lalu SKKA telah mengadakan Majlis Perjumpaan Tiga Penjuru Tahun 6 bersama ibubapa. Alhamdulillah, sambutan yang cukup baik daripada penjaga amat membanggakan. Tahniah atas keprihatinan anda! Untuk semua murid Tahun 6, jadikan semua teguran dan nasihat sebagai pendorong kejayaan anda. Selamat Berjaya!
Bacaan Ikrar
'Kita Mesti Yakin'
Brainstorming
Saya Janji

Wednesday, March 21, 2012

Program Transisi Murid Tahun1/2012

Tahun baru 2012 dihiasi dengan ragam anak-anak kecil yang baru melangkah ke Tahun 1. Aksi ceria, bersahaja dan ada juga yang menangis di awal pagi mewarnai hari pertama persekolahan. Namun keriangan menyertai Program Transisi Murid Tahun 1 selama 3 minggu merubah segalanya.

Perhimpunan Pagi
Aktiviti Bermula
Penyampaian Hadiah
Tahun 1/2012