Blogger Backgrounds


Secebis Ucapan

Monday, September 28, 2009

Informasi

SELAMAT HARI RAYA DI UCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SKKA

Tuesday, April 21, 2009

Informasi

VISI

PUSAT SUMBER CEMERLANG MURID GEMILANG

MISI

Memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan budaya cintakan ilmu ke arah meninggikan mutu pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

Informasi

SEJARAN PENUBUHAN PUSAT SUMBER

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kayu Ara mula berpernanan dengan lebih aktif pada tahun 1994.Ketika itu sekolah ini hanya mempunyai murid yang terdiri dari tahap 1 sahaja.Walaupun banyak kekurangan namun Pusat Sumber sekolah ini terus berkembang mengikut kemampuan dan tenaga kerja yang ada.
Pada awal penubuhannya,PSS ini tidak mempunyai bilik khas seperti perpustakaan,bilik BBM dan bilik tayang.Hanya terdapat sebuah bilik memuatkan semua elemen-elemen Pusat Sumber.Atas usaha pihak pentadbir dan guru-guru,akhirnya Pusat Sumber Sekolah ini telah berjaya mengadakan sebuah bilik perpustakaan.Bilik BBM pula walaupun terpaksa berkongsi dengan bilik muzik namun atas usaha Ahli jawatankuasanya bilik tersebut nampak ceria dan selesa digunakan oleh guru-guru.
Bilik tayangan pula diletakkan bersama bilik guru dan ini menjadikan bilik tersebut amat unik di mana ketika ianya digunakan oleh murid-murid untuk menonton rancangan TVP/ASTRO,guru-guru yang tidak mempunyai kelas ketika itu akan turut membantu membimbing murid-murid.
Pusat Sumber Sekolah ini sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan serta komen yang membina bagi mempastikan perkhidmatan yang lebih selesa dan berkesan.'Sedia Membantu' adalah motto PSS sekolah ini.
Adalah diharapkan agar PSS sekolah ini akan terus maju dan dapat membentuk murid yang gemilang dan berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Objektif

1) Kecemerlangan pendidikan-Meningkatkan mutu pengajaran-pengajaran dan potensi individu serta sahsiah.
2) Penggunaan kemudahan - Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
3) Pemupukan tabiat belajar - Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis
4) Penghasilan bahan - Membantu murid dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran - pembelajaran.
5) Perkhidmatan pembelajaran - Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan murid-murid.
6) Kemahiran maklumat - Melatih murid mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

Informasi

Matlamat PSS

Matlamat Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kayu Ara ialah :

1) Meningkatkan mutu pendidikan sekolah.
2) Memberikan kemudahan pendidikan kepada guru dan juga murid.
3)Membantu murid yang berpotensi mengasah basakat mereka.
4) Membentuk warga sekolah yang berilmu,dinamik,kreatif,bertoleransi dan berdisiplin.

Informasi PSS

Matlamat Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kayu Ara ialah :

1) Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2) Memberikan kemudahan pendidikan di sekolah.
3) Membantu murid yang berpotensi mengasah bakat mereka.
4) Membentuk warga sekolah yang berilmu,dinamik,kreatif,bertoleransi dan berdisiplin.

Informasi PSS

Hari ini dalam sejarah

Objektif

Dapat merangsang minda pelajar-pelajar

Misi Visi

Salam

Berita 2

Memartabatkan warga SKKA

Bengkel Blog 21/4/2009

Penghargaan terhadap seluruh warga SKKA