Blogger Backgrounds


Secebis Ucapan

Tuesday, April 21, 2009

Informasi

SEJARAN PENUBUHAN PUSAT SUMBER

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kayu Ara mula berpernanan dengan lebih aktif pada tahun 1994.Ketika itu sekolah ini hanya mempunyai murid yang terdiri dari tahap 1 sahaja.Walaupun banyak kekurangan namun Pusat Sumber sekolah ini terus berkembang mengikut kemampuan dan tenaga kerja yang ada.
Pada awal penubuhannya,PSS ini tidak mempunyai bilik khas seperti perpustakaan,bilik BBM dan bilik tayang.Hanya terdapat sebuah bilik memuatkan semua elemen-elemen Pusat Sumber.Atas usaha pihak pentadbir dan guru-guru,akhirnya Pusat Sumber Sekolah ini telah berjaya mengadakan sebuah bilik perpustakaan.Bilik BBM pula walaupun terpaksa berkongsi dengan bilik muzik namun atas usaha Ahli jawatankuasanya bilik tersebut nampak ceria dan selesa digunakan oleh guru-guru.
Bilik tayangan pula diletakkan bersama bilik guru dan ini menjadikan bilik tersebut amat unik di mana ketika ianya digunakan oleh murid-murid untuk menonton rancangan TVP/ASTRO,guru-guru yang tidak mempunyai kelas ketika itu akan turut membantu membimbing murid-murid.
Pusat Sumber Sekolah ini sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan serta komen yang membina bagi mempastikan perkhidmatan yang lebih selesa dan berkesan.'Sedia Membantu' adalah motto PSS sekolah ini.
Adalah diharapkan agar PSS sekolah ini akan terus maju dan dapat membentuk murid yang gemilang dan berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

No comments:

Post a Comment